Sunday, January 29, 2017

Selamat Datang

Assalammualaikum dan Selamat Datang,

Utama sekali saya ingin mengucapkan jutaan Terimakasih pada para pengungjung kerana sudi meluangkan masa untuk melawat ke laman web rasmi RIDZUAN Agency.

Alhamdulillah syukur pada Allah sw.t yang telah memberi kita semua rezeki yang melimpah ruah dan peluang untuk kita terus beribadah padaNya untuk menjadi hamba yang taat pada perintah dan laranganNya Insha Allah.

Sebagai seorang Perancang Kewangan Takaful yang berpengalaman melebihi sedekad usia didalam industri ini dan juga sebagai seorang Pengurus Agensi di AIA Public Takaful sejak awal 2014, saya berbesar hati untuk berkongsi ilmu serba sedikit yang diperolehi mengenai perancangan kewangan melalui alat takaful dan juga berkongsi dan membuka peluang kerjaya sebagai seorang Perancang Kewangan Takaful bersama AIA Public Takaful dengan para pengungjung sekalian.

Alhamdulillah, Ilmu yang dipinjamkan sementara oleh Allah pada saya telahpun saya kongsikan dengan ramai individu di serata Malaysia dan sebahagian besarnya memprolehi manfaat hasil dari perkongsian ilmu sejak mula berjumpa dengan saya dan membuat keputusan untuk mengambil tindakan dalam merancang kewangan demi masa hadapan

Setiap individu mempunyai latarbelakang dan gayahidup yang berbeza, maka peranan dan tugas saya sebagai seorang perancangan kewangan takaful adalah menyesuaikan dalam memberi khidmat nasihat dan 'solution' pada setiap individu tersebut. Setiap masalah dan keperluan yang dibincangkan akan diberikan 'solution' yang tepat dan adil pada individu tersebut dengan mengambil kira keperluan semasa dan situasi kewangan individu tersebut. Ini bagi memastikan keputusan dalam membuat tindakan akan menghasilkan sesuatu keputusan dan hasil yang positif untuk jangka panjang dalam merancang kewangan individu mahupun ahli keluarga tersebut.

Dari sudut karier sebagai seorang Perancang Kewangan Takaful pula, tugas saya adalah memimpin dan berkongsi ilmu dan pengalaman yang diperolehi dengan individu yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang ini sebagai Usahawan Takaful  supaya dapat membentuk seorang Perancang Kewangan Takaful yang berkualiti dalam memberi khidmat dan nasihat yang berkualiti pada para pelanggan diluar sana.

Alhamdulillah syukur pada Allah apabila berjaya dalam mendidik dan melihat sebahagian anak bangsa dan agama berjaya dalam bidang ini sebagai seorang Usahawan Takaful dan berjaya menaiki anak tangga lebih tinggi dalam merubah diri mereka sendiri.

Insha Allah jika para pengunjung mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perancangan kewangan Takaful mahupun berminat untuk menceburkan diri didalam bidang ini, bolehlah melihat menu yang disediakan disebelah kiri dan kanan laman ini dan jika ada persoalan boleh juga hubungi saya terus.

Sekian sahaja daripada saya, selamat melawat laman web rasmi RIDZUAN Agency.


Ridzuan Hafiz Bin Samsar Kamar
Founder RIDZUAN AGENCY










Saturday, December 31, 2016

Peluang Kerjaya AIA Public Takaful Agent


Kami ingin memberi peluang bagi individu yang berminat untuk menyertai Agensi kami dalam kerjaya sebagai Penasihat Kewangan Takaful.

Jika anda mahu perubahan dalam karier dan gayahidup, karier ini memberikan anda peluang untuk mengubah nasib diri anda.

Berikut adalah minimum kritirea yang kami sedang cari. Jika anda dalam kritirea , hubungi kami dengan menghantar resume anda pada agency email.

Kritirea yang dikehendaki :

1. Lelaki / Wanita berumur 22 - 40 Tahun
2. Sekurang-kurangnya SPM / Diploma
3. Mempunyai Pengalaman bekerja minimum 2 tahun
3. Punyai daya fikiran seorang usahawan
4. Pengalaman dalam bidang jualan atau customer service digalakan
5. Bebas dari senarai hitam bank dan bankruptsi

Segala latihan dan bimbingan akan kami berikan pada anda.